Wednesday, November 9, 2011

ROTI JALA



Tempahan roti jala dari jiran sempena majlis keraian ......penat jgk menjala hehehe apa pun sebarang apa yang kita lakukan seandainya diiringi dengan minat memang seronok..untuk tempahan boleh hubungi su dengan harga RM 20/kg  untuk roti jala sahaja..... kari ayan pulak RM30/ekor , tak adalah kari ayam semata-mata ada juga ubi kentang dan karot .............

Sunday, November 6, 2011

CUPCAKE


Ini sebahagian daripada 700 biji cupkek yang ditempah oleh customer untuk dijadikan 'doorgift' majlis perkahwinan anaknya..untuk memudahkan kerjanya suecutebakery packing siap-siap dan letakkan bunga yang cute lagi kat tengah-tengah tu agar nampak cantik.... Ada dalam pelbagai perisa menikut kehendak pelanggan. Adaperisa oren, pandan, coklat dan strawberry ...kalau nak letak coklat chip kat atas pun boleh lagi sedap.....

Wednesday, November 2, 2011

KEK ANGRY BIRD



Lagi tempahan kek angry bird daripada customer sempena majlis harijadi anaknya....kali ni suecutebakery try and error cuba buat seekor-seekor dan inilah hasilnya.....walau apa pun misi dan visinya adalah supaya customer puas hati dan suka dengan designnya dan yang paling penting keknya sedap dimakan......sesiapa yang berminat bolehlah hubungi sue di talian / datang umah pun tak mengapa......

Monday, October 31, 2011

WEDDING CAKE



3 tier wedding cake tempahan dari customer sempena wedding anaknya yang bertemakan hijau lumut. Dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan dgn tgn yang menggigil - gigil Alhamdulillah ....akhirnya dapat juga kek ini disiapkan. Apapun yang penting customer teruja dan puji kek yang cantik itu yang penting

Monday, October 24, 2011

KEK ANGRY BIRD


Kek Angry Bird sekarang ni menjadi pilihan tak kira apa jua majlis terutama untuk majlis harijadi tapi yang ni lain pulak sempena konvo adik. Oleh kerana kegemarannya adalah angry bird, kek pun ala2 angry bird jugalah....minta-minta dia suka tu yang penting.....

Sunday, October 16, 2011

KEK PADANG BOLA



Kek padang bola sempena musim Piala FA......bila semua dah teruja pasal bola kek pun nak ala2 bola jugak.  Kek ni just kek sponge coklat ajer tapi keknya boleh ditukar mengikut kehendak pelanggan yang pasti bila keknya bertukar automatik harganya pun bertukar ..apa-apa pun boleh dibawa berbincang......untuk sebarang tempahan atau pertanyaan bolehlah hubungi sue....

Friday, October 14, 2011

KEK PISANG


Kek pisang hasil dari suecutebakery yang gebu enak dimakan..yang penting fresh dari oven. Untuk yang berminat bolehlah menempahnya....harganya mengikut kehendak pelanggan andai besar budget besarlah kek pisangnya kalau yang macam dalam gambar tu RM15 sahaja   .....................

Monday, October 10, 2011

Apam Pisang


Apam pisang ..... terhangat di pasaran. Ramai yang menempah utnuk amjlis keraian tidak ketinggalan juga yang tempah untuk minum petang.. Hanya RM 10 untuk 25 biji. Kepada yang ingin membuat tempahan bolehlah hubungi di talian yang tertera...

Wednesday, July 27, 2011

Apam Polkadot...

Apam yang terhangat di pasaran sekarang dengan pelbagai rasa inti seperti strawberry, blueberry, kaya dan coklat sesuai untuk sebarang jenis jamuan atau kenduri.



Ini tempahan dari jiran untuk open house rumahnya sebanyak 200 biji. Katanya tak sempat tengok dah licin ingat dah order banyak rupanya tak cukup lain kali kena tempah banyak lagi.
Hanya dengan harga RM 20 untuk 50 biji anda boleh memilih pelbagai warna mengikut tema majlis......untuk tempahan boleh terus hubungi suecutebakery..

Friday, July 15, 2011

BISKUT RAYA 2011

Suecutebakery kembali dengan pelbagai jenis biskut raya untuk hidangan di hari raya.....




Ni antara contoh-contoh biskut untuk tempahan Hari Raya Aidil Adha....ingatkan nak ' off' tapi permintaan tinggi so kenalah layan permintaan customenr...tanpa customer siapalah suecutebekery ......oppsss lupa pulak nama-nama biskut yea ...

Dari gambar atas sebelah kiri Biskut Peanut Crunchy, Biskut Chocolate Pinky Crunchy, Biskut Tart Nanas, Biskut Suji Almond, Biskut Tart Teratai, Biskut Tart Strawberry, Biskut Chocolate Crunchy, Biskut Snow Almond dan yang paling femes Biskut Tart Blueberry.....semua dijual dengan harga RM25 sebalang............

Untuk  melihat biskut-biskut yang telah suecutebakery jual pada Hari Raya Puasa lepas bolehlah klik di sini

Monday, February 7, 2011

Fondant Cupcake

Fondant cupcake yang sesuai untuk dijadikan hantaran pertunangan atau perkahwinan, kini boleh ditempah di suecutebakery



Fondant cupcake ni ditempah oleh Sham dari Kuala Lumpur untuk pertunangannya. Oleh kerana tema pertunangannya berwarna biru jadi cupkek pun mestilah warna biru.....apa-apa pun terima kasih kerana sudi menempah dari suecutebakery dan jgn lupa untuk tempah lagi yea...untuk melihat lebih banyak dekorasi cupcake bolehlah klik di sini

Saturday, February 5, 2011

Kek Lapis

Kek lapis kini menjadi satu kemestian utk hidangan sebarang majlis dan kini boleh ditempah di suecutebakery







Ini adalah dia antara contoh - contoh kek lapis, kek lapis asam manis, kek lapis coklat, kek lapis prune dan kek lapis betawi............untuk melihat lebih lanjut boleh klik di sini