Thursday, February 16, 2012

APAM DOT DOT....


Sebahagian daripada 100 biji apam dot dot atau apam polkadot, juga dikenali sebagai apam dotties berintikan strawberry dan blueberry ditempah oleh Kak Sab untuk pertama kali. Kami diperkenalkan oleh Kak Wati....terima kasih Kak kerana sudi menempahnya dengan suecutebakery ...minggu ni lagi 150 biji ditempahnya ....agaknya yang minggu lepas tak cukup yea kak....

Monday, February 13, 2012

EDIBLE CAKE


Kek coklat moist + buttercream dgn edible image ...ditempah oleh puan Khaira di Putrajaya sempena ulang tahun perkahwinannya ..surprise utnuk husband katanya ..inginkan tema pink dan purple..terima kasih yea khaira kerana sudi menempahnya dari suecutebakery ....

2 TIER WEDDING CAKE


2 tier wedding kek tempahan dari kawan hubby sempena acara potong kek di majlis perkahwinannya ..bertemakan peach so sweet .. i like it ....terima kasih yea Asyraf kerna sudi menempah dari suecutebakery ..yang paling suka bila dipesan ..'akak buatlah design macam mana pun janji cantik tau' .......

KEK BARBIE DOLL


Untuk sekian kalinya barbie doll kek ditempah oleh kak wati sempena ulang tahub kelahiran anak perempuannya yang keempat tahun. Katanya nak kek strawberry sponge untuk gaun barbie dan di alas dengan kek coklat moist ....katanya lagi dah lama mencari kek yang sebegini nasib baik bertemu dgn suecutebakery...apa2 pun terima kasih yea akak sbb sudi menempahnya...

KEK EDIBLE


Kek Edible Image ...Kek Coklat Moist + Buttercream ...tempahan dari Kak Norly dari Ijok ....jauh menempahnya dari suecutebakery ...katanya x per jauh janji sedap ...Kek ini sempena menyambut ulangtahun kelahiran pertama anaknya ...Terima kasih yea Kak Norly, harap-harap sedaplah kek tu yea

Wednesday, February 8, 2012

KEK SPIDERMAN



Kek coklat moist + buttercream + patung spiderman tempahan daripada jiran sempena menyambut ulangtahun anaknya yang memang sukakan spiderman. Katanya nak patung nnti boleh tambah koleksi mainan sekali semua budak yang datang berebut-rebut pulak patungnya .....dan yang pasti nasib baik keknya cukup untuk tetamu yang datang ....TQ kak lily ...

Tuesday, February 7, 2012

KEK ANGRY BIRD


Kek angry bird ...kek coklat moist + buttercream tempahan daripada cousin di Bentong jauh dtg tempahnya. Katanya alang2 datang berkunjung lagi pun mencari yang halal. Alhamdulillah anak-anaknya suka dengan deco ini walaupun agak simple .....tq kak za

KEK CARROT CHEESE


Kek carrot cheese untuk besday diri sendiri ...biasalah kalau dah taukeh kek, kek besday sendiri kena buatlah sendiri dan jenis kek adalah pilihan family ...Pertama kali membuatnya dan hasilnya tidak mengecewakan bila ramai tetamu yang memuji kesedapannya .....untuk tempahan atau sebarang pertanyaan boleh hubungi sue di talian seperti yg tertera di sebelah .....

Wednesday, February 1, 2012

APAM DOT DOT....


Sebahagian daripada 200 biji apam polkadot berintikan blueberry dan strawberry tempahan jiran untuk di bawa balik kampung untuk makan2 sambil2 merewang, licin katanya yea lah sambil buat kerja sambil ngap, tau2 dah abisss ...untuk tempahan atau pertanyaan blh hubungi su seperti di talian yg tertera. Warna dan filing blh pilih mengikut citarasa pelanggan